Dalam beberapa tahun kebelakangan, landskap tenaga telah mengalami transformasi di dalam penggunaaan teknologi bagi memacu pembangunan sosio-ekonomi negara dan menghasilkan pertumbuhan yang menyeluruh bagi kemakmuran ekonomi. Disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran tenaga global, sektor minyak dan gas menggunakan strategi untuk mengukuhkan kedayatahanannya kepada keadaan pasaran yang tidak menentu.
Dalam menitikberatkan kepentingan kedayatahanan sektor miyak dan gas, Seminar Tenaga telahpun diadakan secara hybrid pada 17 Jun 2022 di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) di Berakas sebagai sebahagian daripada aktiviti bagi Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei MYCE 2022) Minggu Tenaga. Seminar yang dianjurkan oleh Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam tersebut memberi gambaran mengenai sektor minyak dan gas dan hala tujunya. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Yahya, Setiausaha Tetap, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Urusan Sementara Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis bagi seminar tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.
Seminar tersebut telah disertai oleh pakar-pakar daripada rantau Asia Tenggara dan Antarabangsa bagi membincangkan pelbagai topik dan kajian kes, seperti sub surface, integriti aset, Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE), Tenaga Hijau dan teknologi bagi sektor huluan.
Seminar tersebut dimulakan dengan topik mengenai Marginal Field Upstream yang dibentangkan oleh pakar antarabangsa dari PETRONAS, Malaysia; PERTAMINA Hulu Energi, Indonesia; PTT Exploration and Production Public Company Limited, Thailand; dan S&P Global. Penceramah membentangkan contoh dimana marginal field menjadi berdaya maju dari segi ekonomi melalui pengoptimuman proses, promosi kerajaan dan peraturan, penyeragaman, kawalan kos dan penyelesaian bersepadu. Ini ditambah dengan penggunaan teknologi baru bagi menggalakkan lagi pelaburan dan pembangunan bidang yang mencabar.
Sesi seminar seterusnya tertumpu kepada Integriti Aset. Sektor minyak dan gas dan petrokimia adalah modal intensif bagi mengekalkan tahap prestasi optima untuk mengekalkan keuntungan. Integriti aset dan proses keselamatan operasi juga berkait rapat dan penting kerana ianya memainkan peranan penting dalam menjangka dan mencegah kejadian lebih awal dan mengesyorkan pelan tindakan yang bersesuaian untuk menghasilkan prestasi yang optima. Penceramah juga berkongsi pandangan dan amalan terbaik bagi pengurusan aset yang berkesan untuk menyampaikan nilai dan penyelesaian inovatif dalam menangani cabaran semasa dan masa depan agar dapat mencapai peningkatan produktiviti, sambil memenuhi piawaian keselamatan dan alam sekitar. Penceramah sesi ini diwakili oleh pakar-pakar daripada Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd dan Brunei LNG Sdn Bhd.
Pada sesi petang, seminar membentangkan tiga (3) tema iaitu Kepentingan HSSE yang semakin meningkat dalam Sektor Tenaga; Ke Arah Masa Depan Tenaga yang Cekap dan Hijau; dan Membolehkan Teknologi dalam Bidang Mencabar.
Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE) mempunyai peranan penting dalam hal ehwal industri tenaga dan operasi teknikal. Dengan amalan yang baik dan kepakaran yang mendalam, semuanya dibina bedasarkan pengetahuan dan pengalaman yang luas. Sesi ini diwakili oleh pakar dari Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), Hengyi Industries Sdn Bhd dan Total Energies EP (Brunei) B.V.
Sesi berikutnya, iaitu ‘Ke Arah Masa Depan Tenaga yang Cekap dan Hijau’ menyediakan perbincangan dan pandangan yang boleh diambil tindakan dan peluang unik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi hijau yang inovatif.
Sesi terakhir mendedahkan tema ‘Mendayakan Teknologi dalam Bidang Mencabar’ dengan gambaran keseluruhan khas projek pembangunan kos yang rendah (low-cost development) atau perspektif kawasan baru untuk membuka peluang melalui penggunaan pembangunan terkini dari segi penyelidikan dan teknologi. Pendigitalan, inovasi, saluran paip masa depan telah dibincangkan dan bagaimana ia akan membentuk industri minyak dan gas huluan.