Stesen-stesen minyak di Brunei adalah tertakluk kepada pemeriksaan pematuhan dan pemeriksaan keselamatan yang dijalankan oleh Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) pada setiap suku tahun.
Pada 27hb Mei 2024, seramai 3 orang pegawai retail dan 1 orang pegawai HSSE dari PA telah menjalankan pemeriksaan pematuhan stesen minyak dan HSSE di 2 buah stesen iaitu Stesen Minyak IBA dan Trading dan Stesen Pengisian Berakas.
Tujuan pemeriksaan tersebut adalah untuk memastikan stesen minyak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), peraturan dan undang undang serta arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, disamping memberi cadangan untuk meningkatkan operasi dan memberi tumpuan kepada keselamatan secara keseluruhan.