Pada 15hb dan 16hb Mei 2024, Jabatan Korporat, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) telah berjaya menganjurkan Jerayawara HR.
Jerayawara HR bermula dengan ucapan pembukaan daripada Pengarah Korporat, diikuti dengan sesi panel bertajuk Talent Management (Today and Tomorrow). Tiga (3) orang panel terdiri daripada YM Harina Ramlee (TotalEnergies, Brunei), YM Haji Kula Haji Metasan (Pengarah Korporat) dan YM Pg Hjh Adimasyaton Pg Omar Ali (Pengarah Hiliran) berkongsi pendapat dan pandangan mereka tentang isu-isu semasa yang memacu pembangunan tenaga kerja.
Penceramah lain yang dijemput ke Jerayawara HR tersebut termasuk Md Erwan Md Said (BSP), Sairul Rhymin CA Mohamed (Rhymin & Partners) dan Stuart Lee (Articulation Sdn Bhd).
Hari kedua Jerayawara HR dimulakan dengan pengongsian perjalanan kerjaya Pengarah Urusan PA. PA juga menjemput penceramah jemputan dan wakil dari Takaful Brunei Am (TBA) dan Tabung Amanah Pekerja (TAP), yang mana mereka juga menawarkan konsultasi secara individu.
Di sepanjang jerayawara, terdapat sesi mengenai pelbagai topik yang bertujuan untuk memaklumkan dan memberigakan perkembangan isu-isu HR yang penting. Sesi ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih baik tentang peranan HR dalam organisasi dan seterusnya memberikan lebih kuasa kepada pekerja untuk memacu pembangunan kerjaya masing-masing.