Sebagai sebahagian daripada peranan pengawalseliaannya, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) bekerjasama dengan syarikat pengendali minyak dan gas dan pihak berkuasa yang lain akan memastikan penilaian menyeluruh, meneliti dan memantau aktiviti petroleum dan perancangannya.
Seramai 16 delegasi PA yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Yang Mulia Shamir Salahudin, telah membuat lawatan kerja ke Kompleks Penapisan dan Petrokimia yang dikendalikan oleh Hengyi Industries Sdn Bhd di Pulau Muara Besar (PMB) pada 23hb Mei 2024. Lawatan ini dapat memberikan pegawai dan kakitangan berkenaan pandangan secara langsung Kompleks Penapisan dan Petrokimia PMB yang membolehkan mereka menghargai skala operasi di tapak tersebut.
Pengarah Urusan Hengyi Industries Sdn Bhd, Yang Mulia Chen Lian Cai, dan pasukannya membawa delegasi melawat sekitar loji itu, termasuk bilik kawalan dan makmalnya. Semasa lawatan itu, delegasi itu turut berinteraksi dengan pekerja tempatan yang sedang menempa kerjaya dalam industri baru ini.
‘Sungguh menakjubkan melihat betapa canggihnya keseluruhan loji penapisan. Ini adalah peluang yang baik untuk seseorang yang tidak bekerja di tapak loji untuk melihat secara dekat bagaimana minyak dan gas berfungsi’ kongsi Khairul Asyraf dari Perancangan Korporat.
‘Projek Fasa 1 ini telah mengumpulkan bakat minda yang cemerlang yang merupakan sebagai batu asas kesinambungan pembangunan minyak dan gas di Brunei,’ kata Abidah M. Abidin dari Jabatan Hiliran.
Hengyi Industries telah mencapai kejayaan operasi Fasa 1 pada November 2019 selepas 2.5 tahun pembinaannya dan 2.5 bulan aktiviti pentauliahan yang aktif.