Industri huluan dan hiliran minyak dan gas telah menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam sejak 90 tahun yang lalu. Dari penemuan telaga pertama di Ayer Berkunchi pada tahun 1899 hingga penubuhan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam pada tahun 2019 – industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam telah lama memacu pertumbuhan dan pembangunan negara.
Sejarah industri minyak di Negara Brunei Darussalam bermula pada tahun 1899 apabila telaga penerokaan pertama digerudi berhampiran ibu negara, Bandar Brunei. Ia kemudiannya diikuti dengan penemuan minyak di padang Seria di Daerah Belait pada tahun 1929 dan seterusnya dengan satu siri penemuan komersial yang memuncak dalam eksport minyak pertama Brunei pada tahun 1932. Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) Sdn Bhd adalah pengeluar minyak yang terbesar di Brunei Darussalam dan menyumbang sekitar 90% kepada hasil minyak dan gas negara.
Sepanjang dekad yang lalu, Negara Brunei Darussalam telah membuat pelaburan besar dalam pengembangan industri hilirannya untuk mempelbagaikan portfolio produknya dalam rantaian nilai minyak dan gas. Trend ini dijangka akan berterusan pada masa akan datang, membuka jalan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi kemahiran dan teknologi baru.
Industri tenaga adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan negara dengan sumbangan kira-kira sebanyak 64.7% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2022.
Negara Brunei Darussalam terus memaksimumkan potensi minyak dan gas yang matang, dan menjalankan aktiviti penerokaan dan pembangunan selanjutnya, serta memastikan penduduk tempatan berpendidikan tinggi dan mahir dari segi teknikal untuk memenuhi keperluan industri. Untuk mengekalkan pengeluaran jangka panjang negara, usaha kerjasama antara Kerajaan dan pengendali minyak dan gas adalah kunci utama kearah meneruskan aktiviti yang berpotensi.
Mengambilkira sektor tenaga menjalani transformasi dan pertumbuhan, keperluan untuk peraturan yang lebih kukuh selaras dengan perubahan landskap dalam memastikan keutamaan Negara, Kerajaan mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah pihak berkuasa. Penubuhan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam menandakan satu lagi sejarah penting dalam pembangunan industri minyak dan gas dalam usaha untuk merealisasikan lagi Wawasan Brunei 2035.
Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam adalah badan pengawalselia bagi industri minyak dan gas di Brunei Darussalam. Visi jangka panjang untuk industri ini berkisar kepada mewujudkan industri yang progresif dan berdaya tahan yang peka terhadap pasaran yang sentiasa berubah, mampu meningkatkan nilai yang dicipta untuk menjamin masa depan negara.
Objektif Strategik 1
Pempelbagaian sektor tenaga agar lebih berdaya tahan berdepan dengan pergolakan pasaran minyak dunia
Objektif Strategik 2
Pengurusan sumber hidrokarbon berkesan dan berdaya tahan
Objektif Strategik 7
Rangka Pengawalseliaan dan Piawaian Keselamatan yang teguh dan kondusif
90 tahun penemuan minyak