Industri minyak dan gas Negara Brunei Darussalam telah menjadi sumber utama ekonomi negara. Pembangunan tenaga kerja anak tempatan yang berkemahiran tinggi telah menyumbang kepada kejayaan industri minyak dan gas hari ini, yang dilaksanakan dengan menghadapi cabaran secara berterusan dengan penuh keazaman, ketekunan dan pemikiran yang inovatif.
Menjadi sebahagian daripada Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam memberikan peluang untuk menyumbang impak yang positif dalam membentuk masa depan industri minyak dan gas Negara Brunei Darussalam.
Sebagai kakitangan Autoriti Petroleum, anda akan:-
- mempunyai peluang untuk mempengaruhi
- mendapatkan gambaran keseluruhan unik mengenai cara pengurusan aktiviti, operasi dan aset petroleum
- mendapat peluang untuk menyumbang kepada negara dan generasi akan datang
Keutamaan Kami
Kami sedang mencari warga Negara Brunei Darussalam yang berbakat yang mempunyai semangat untuk membina industri minyak dan gas yang progresif dan berdaya tahan.
Jika anda sedang mencari kerjaya yang akan memberikan impak yang besar kepada anda, secara peribadi, profesional dan berhasrat untuk menyumbang kepada kemampanan industri minyak dan gas negara, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam adalah tempat untuk anda.
Pada masa ini, tiada kekosongan jawatan tersedia.