Sebagai pengawal selia yang bertanggungjawab kepada industri minyak dan gas, adalah menjadi misi Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) untuk mempastikan semua syarikat pengendali mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi kerajaan.
Seramai 9 kakitangan (4 dari PA, 2 dari AENBD, 2 dari SHENA dan 1 dari DARe) telah menghadiri program pemantauan bersama pada hari Isnin, 20hb Mei 2024.
Objektif program pemantauan ini adalah seperti berikut:
- Perbincangan di antara jabatan dan pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan untuk persetujuan mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
- Memantau pematuhan Hengyi berhubung dengan undang-undang, peraturan dan syarat-syarat berkaitan yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan isu-isu kesihatan, keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar di mana Hengyi Fasa I beroperasi.
Kemudahan Fasa 1 Hengyi telah beroperasi sejak suku ke-4 tahun 2019. Untuk memastikan pendekatan secara kolektif ke arah pengurusan yang berkesan mengenai perkara yang berkaitan dengan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), adalah penting bagi jabatan dan pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan berkongsi peranan dan tanggungjawab berdasarkan skop dan pelan tindakan yang dipersetujui dibawah Program Pemantauan HSE Bersama.