Sebagai Repositori Hidrokarbon Negara, kami bertanggungjawab ke atas perlindungan dan pemeliharaan semua data petroleum dan data yang berkaitan dengan industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam. Ini termasuk dan tidak terhad kepada maklumat-maklumat kajibumi, geofizik, petrofizik, geokimia, log, peta, data pengeluaran, rakaman, core, keratan-keratan, tafsiran lain dan laporan analisis dan sebagainya.
Data hidrokarbon pada asasnya adalah aset negara. Malah set data huluan yang lama berkemungkinan untuk memberikan hasil baharu memandangkan infrastruktur teknologi terkini, maka adalah penting untuk melindungi data petroleum Negara Brunei Darussalam.
Repositori Data Petroleum Negara Brunei Darussalam akan meningkatkan infrastruktur digital untuk maklumat dan sampel yang berkaitan dengan petroleum.