Di Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA), keselamatan adalah keutamaan dan akan terus bekerjasama dengan industri minyak dan gas untuk memastikan mereka mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan.

Pada 5hb Ogos 2024, Pengarah Urusan PA, YM Shamir Salahuddin telah menghadiri majlis pelancaran Brunei LNG Safety Day 2024 sebagai Tetamu Kehormat. Tema pada tahun ini, “Before I Start Work”, menekankan tanggungjawab peribadi dan persediaan menyeluruh untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat untuk semua.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh YM Haji Amir Hamzah bin POKDSP Hj Abdul Rahman, Pengurus HSE Brunei LNG Sdn Bhd. Pelancaran Brunei LNG Safety Day 2024 telah dirasmikan oleh Tuan Adeleye Falade, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG Sdn Bhd dimana beliau menekankan akan kepentingan tanggungjawab peribadi demi keselamatan diri sendiri dan kesannya kepada orang lain. Acara disusuli dengan sesi bergambar ramai, networking dan perbincangan dikalangan peserta.

Brunei LNG Safety Day 2024 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya peranan setipa individu dalam sama-sama berusaha kearah mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat.