Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) adalah di antara pengawal selia yang menyertai Jerayawara Kawalselia Alam Sekitar Brunei Shell Petroleum (BSP) pada 7 November 2023. Pengawal selia lain yang terlibat termasuk Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pelabuhan dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (BCCS).
Acara dimulakan dengan video keselamatan diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Osmera bin Haji Othman, Ketua HSE dan Keselamatan BSP.
Objektif jerayawara ini adalah untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman keperluan pengawalseliaan alam sekitar yang berkaitan dengan operasi BSP, selain menggalakkan interaksi, menyediakan banyak peluang untuk menambah ilmu dan terlibat dalam perbincangan.
Penyertaan PA memberi tumpuan kepada kawal selia alam sekitar PA bagi industri minyak dan gas dalam kapasiti PA untuk melaksanakan peranan sebagai pengawal selia berhemat dan penasihat teknikal kepada Kerajaan Brunei mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Minyak dan Gas.