Pada 6hb Julai 2024, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) telah menganjurkan sesi townhall bagi suku kedua tahun ini dan juga turut menjemput Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai dari Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri untuk menyertainya.

Antara agenda townhall ialah peringatan mengenai permustahaknya aspek-aspek keselamatan dan kepentingan peranan kita mengenainya dengan mengambil kira pembelajaran dari insiden Piper Alpha. Para hadirin juga di persembahkan dengan klip video yang merumuskan kejadian incident Piper Alpha yang  berlaku pada 6 Julai 1988 dan kemudiannya disusuli dengan sesi perbincangan secara berkumpulan bagi menggambarkan pemahaman dan pembelajaran yang di perolehi daripada insiden tersebut.

Agenda lain termasuklah pembentangan mengenai pencapaian scorecard PA, penambahbaikkan akan peranan dan proses PA, kedua-duanya yang memberi gambaran tentang prestasi PA pada masa kini, penghargaan kepada individu serta kumpulan yang mencapai kecemerlang dalam suku kedua dan juga perspektif terkini mengenai bagaimana PA sebagai organisasi bergerak ke hadapan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Tenaga kerana menyertai kami dalam sesi townhall kali ini.