Menderma darah merupakan satu amalan mulia yang boleh menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukannya. Bagi Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA), amalan ini dibina melalui nilai-nilai teras kami iaitu Perpaduan, Bertanggungjawab dan Kecemerlangan, dan berfungsi sebagai ungkapan yang mengambil berat ke atas tanggungjawab sosial.

Sejak tahun 2020, PA bergiat aktif menganjurkan kempen derma darah bagi membantu meningkatkan bekalan darah yang sentiasa diperlukan oleh negara kita.

Pada 19hb Jun 2024, dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah RIPAS, PA telah menganjurkan Kempen Derma Darah dan berjaya mengumpul sejumlah 49 pain darah. Kempen Derma tahunan ini dilaksanakan bersempena Hari Penderma Darah Sedunia yang disambut setiap 14 Jun.

Terima kasih kepada semua penderma darah dan Pusat Pendermaan Darah RIPAS kerana telah menyertai dan menyokong aktiviti kempen derma darah tahunan kami.